Sunday, 14 November 2010

Bersarang Blog Aku!

Lama betul aku tak memblog.

Nak kata sibuk, taklah sesibuk isteri Perdana Menteri. Nak cakap dah hilang minat, tak boleh pakai juga alasan tersebut. Nak bilang tak ada isu atau perkara yang nak dikongsikan, tak betul juga.

Lama benar aku tak menulis di sini.

Aku harap aku akan segera memperolehi sebiji laptop, dan sudah tentunya internet connection, agar boleh aku kembali memblog dengan jaya dan aktifnya.

Seminggu yang lalu, aku ada membeli sebji laptop ketika pergi ke PC Expo @Midvalley. Tapi, masuk hari ketiga, aku sudah rasa ghalat dengan pembelian tersebut dan membuak-buak hasrat untuk membeli Macbook ataupun Macbook Air.

Nasib baik ada yang ingin membelinya. Tapi aku rugi jugalah.

Ramai cakap aku buat kerja gila. Mungkin gara-gara selalu sangat dengar lagu Cinta Gila.

Harap-harapnya tidak akan berterusan gila-gila.
Post a Comment