Thursday, 31 January 2013

Ulang Terbit: M Sudah Kahwin


Sementara menanti minda ini bangkit untuk menukilkan sajak-sajak terbaru, izinkan aku menyiarkan kembali koleksi sajak peribadiku di Aku dan Sajak untuk segmen Ulang Terbit, pada setiap hari Khamis.



M Sudah Kahwin

M sudah kahwin 
dengan A 
kosong tiga kosong tiga 
dua kosong kosong dua. 

M sudah kahwin 
betul-betul sudah nikah 
tidak bohong-bohong 
bukan main-main. 

Cuma aku belum kahwin 
biarpun mahu kahwin 
tapi tak kahwin-kahwin. 

Kahwin oh kahwin 
di mana dikau! 

Setiap yang bertanya 
ku jawab belum sampai masa 
tiada rumah, belum berkereta 
lagipun usia masih muda. 

Dan ada yang bertanya lagi 
perlukah serba serbi 
sebelum cari suami atau bini 
tak cukupkah cinta di hati? 

M boleh juga berumahtangga  
biarpun belum kumpul harta 
bukankah senang kalau berdua 
lebih bersemangat menuju bahagia. 

Ah! alasan, kata mereka. 

Entahlah... 
tapi aku mahu kahwin 
betul-betul mahu nikah 
percayalah! 


Hasmi Haron 
Kuala Lumpur, MALAYSIA 
6 Mac 2002

Nota kaki:

  1. Karya yang merakam rasa hati penulis apabila menerima berita salah seorang sepupunya bakal mendirikan rumahtangga.

Friday, 25 January 2013

Terima kasih daun keladi

Alhamdulillah, the book drive donation organised by BNM Volunteers has received overwhelming support from the staffs. Ratusan buku berjaya dikumpulkan untuk perpustakaan Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah, Chemor, Perak.

Terima kasih daun keladi kepada semua. In shaa Allah, kami menghantar buku-buku tersebut pada satu tarikh yang akan diwar-warkan dalam masa yang terdekat.

Jikalau ada yang ingin turut serta, jom sama-sama kita ke Chemor nanti.

Nantikan pengumuman dari kami ya :)

Ti P or Tita?

Alhamdulillah, I've completed one of my three resolutions for 2013 on the 25th day of the year. Cuma tak sure lagi, nak panggil apa?

Okey tak kalau panggil Ti P? Or Tita? What say you guys?

I really hope that it's a good buy and will serve me well. Moga Allah berkati dan rahmati my newest baby. Aamin.

Dan terima kasih banyak-banyak kepada my dearest cousin, Nazrol for driving me to Ford outlet in Petaling Jaya to collect the car. You're the best! And thank you too to Ieka Kassim for driving me there too, a few days earlier to settle some documents.

Alhamdulillah, my parents became my first passengers of Ti P / Tita.

Cuma masih contemplating, sama ada nak drive to office or park my baby @Pandan Jaya, LRT Station. Any suggestions?

Thursday, 24 January 2013

Ulang Terbit: Anak Itik

Sementara menanti minda ini bangkit untuk menukilkan sajak-sajak terbaru, izinkan aku menyiarkan kembali koleksi sajak peribadiku di Aku dan Sajak untuk segmen Ulang Terbit, pada setiap hari Khamis.



Anak Itik

Anak itik itu hitam gelap 
macam bontot kuali, 
tak pun macam Muthusamy 
yang menjual kacang di bawah pokok Melaka 
sebelah Muzium Samudera. 

Anak itik itu busuk 
macam kentut budak bujang rumah depan, 
tak pun macam air rendaman kain 
yang terbiar seminggu tak berbasuh 
tengik. 

Dan anak itik itu pemalu. 

Tapi anak itik itu 
putih hatinya 
wangi kelakunya 
garang kejujurannya. 

Dan anak itik itu 
tidak menyalah sesiapa 
kalau berlaku bencana 
dan tidak tuding jari 
bila ada kesalahan pada kertas kerja 
yang ingin dibentangkan kepada Ibu bank.  


Hasmi Haron 
Kuala Lumpur, MALAYSIA 
10 Januari 2002

Nota kaki:

  1. Karya ini mengangkat isu office politics.

Saturday, 19 January 2013

Experiencing Malaysian-styled Privatisation


My appointment was set at 8 am, but they only started working at 8.30am. Yeap, that is what I experienced at the Wangsa Maju Puspakom.

I intended to transfer the ownership of my NEO to my younger brother. It is the requirement of the law to have the car to be inspected by Puspakom, eventhough the transfer does not involve any exchange of money or material value. It is called "tukar hak milik sukarela".

The whole exercise took about an hour and fifteen minutes, plus RM30. And you will be given the certificate at the end of the session if:

  1. the engine of your car is in good condition and has not been altered or damaged;
  2. the chasis is genuine;
  3. the car is not a kereta-potong; and
  4. the tinted film meets the specification by JPJ.
What's next? You have to bring the certificate to JPJ and execute the ownership transfer within one month from the date of the certificate.

Thursday, 17 January 2013

Ulang Terbit: Merdeka

Sementara menanti minda ini bangkit untuk menukilkan sajak-sajak terbaru, izinkan aku menyiarkan kembali koleksi sajak peribadiku di Aku dan Sajak untuk segmen Ulang Terbit, pada setiap hari Khamis.




Merdeka

Hari ini aku umpama tekukur betina 
yang dibenarkan keluar 
dari sangkar neraka. 

Sekian lama berendam sengsara, berselimut derita 
hari ini Tuhan jatuhkan rahmat-Nya lagi 
memutuskan rantai-rantai seorang jantan 
yang dua darsawarsa membelengguku. 

Gembiraku pada Tuhan 
yang menggerak tukul itu 
yang menyuntik belas pada si Arif 
yang mengeluar suara-suara adil dari wakilku 
yang membogelkan seorang bapak 
yang menjernihkan wajah seorang isteri. 

Sekarang aku bebas 
tahukah engkau bagaimana rasanya? 
umpama bersimpuh di bawah pohon sena 
di satu petang yang redup, nyaman 
sambil mengulum ais-krim Malaysia. 

Aku bebas ini hari 
bersama lima puteri dan tiga putera 
serta parut-parut yang membalut tubuh 
tahukah engkau apa rasanya? 


Hasmi Haron  
Kuala Lumpur, MALAYSIA 
27 Ogos 2001 

Book collection for orphans tomorrow and next Friday :)

Dear friends,

In  conjunction  with the 2nd KBO Book Sale 2012 (starting from 19 December
2012 until 19 January 2013), the BNM Volunteers is driving an initiative to
collect  new and gently used books (for children aged between 3 to 17 years
old)  to  be  donated  to a newly set up library at an orphanage in Chemor,
Perak.

Donation  of  any  kinds of books is welcomed and we encourage donations of
reference material which are still relevant to the current syllabus.

The  books  will  be donated to An-Nur Maisarah, an orphanage house with 50
children  (26  children of the age between 13 and 17, and 24 children of 12
years  old and below). Just bring us your new or gently used books and drop
them off at our book drive collection booth as stated below....

                When? 18 & 25 January 2013
                What time? 12.30 - 2.30pm
                Where?  Kafeteria, BNM

Thank you in advance for your kind support.


- BNM Volunteers -