Sunday, 26 June 2011

Good bye Delhi


Alhamdulillah, we have safely arrived at LCCT just now. Very glad to be home. One word for India, K.O.T.O.R.


Anyhow, it was a good experience. An eye-opener indeed.


Rafin and I decided no repeat visit to India, until the country has become a developed one.

Friday, 24 June 2011

Colours of Life

Varanasi adalah percantuman dua sungai purba yang mempunyai signifikan dalam kepercayaan Hindu.

Dipercayai oleh sebilangan penganutnya, mandi dalam sungai Ganga ini bisa menghilangkan dosa- dosa seseorang itu.

Sungai ini bukan sahaja menjadi wadah melunaskan tanggungjawab agama Hindu seperti mandi, pembakaran si mati, tempat persemadian golongan yang tidak boleh dibakar dan lain-lain, ia juga pusat aktiviti kehidupan seperti mandi manda, basuh pakaian dan aktiviti ekonomi.

Satu tempat yang sangat berbeza. Terutama maksud kebersihan, berbeza daripada apa yang aku pelajari selama ini.

Thursday, 23 June 2011

Salam Taj Mahal

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke Agra untuk menyaksikan dengan mataku sendiri keindahan lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya, Mumtaz.

Hampir tiga jam aku di situ, merenung keindahan salah satu monumen yang paling indah pernah dibina oleh manusia.

Taj Mahal, sekarang aku fahami mengapa setiap penakluk yang datang ke Agra tidak sampai sampai hati untuk merobohkanmu!

Tuesday, 21 June 2011

Amber Fort

Salah satu daripada beberapa belas World Heritage Sites di India, sesetengah bahagian dalam Amber Fort ini mengingatkan aku kepada Alhambra. Senibinanya ada sedikit persamaan tetapi senibina di Alhambra lebih hebat, halus dan terperinci.

Hawa Mahal

Mahal means palace. Don't tell me you don't know what the meaning of hawa!

Jaipur adalah bandar yang tak serawak Delhi tapi tetap tepu dengan manusia. Tak semoden ibu negara India tapi tak kurang hebatnya.

Kami tiba di Stesen Jaipur Junction kira-kira 11.30 malam, kurang lebih 2 jam setengah lewat. Nasib baik ada tuk tuk yang disediakan oleh pihak hotel, menanti ketibaan kami.

Rafin telah menempah sebuah bilik di Laxmi Palace, a homestay run by a retired government servant. We were upgraded to a deluxe room, Mayur, since another Indian couple asked for a standard room and they arrived much earlier. Our room was much better than the one we had in Delhi.

We started our first day in Jaipur with a full day city tour. Pakej yang kami ambil sedikit mahal daripada apa yang kami surveyed on the Net tapi kira okeylah apabila kami converted into RM.

We were brought to Raj Mandir Cinema, Birla Mandir, Albert Hall, Pink City, City Palace, Jantar Mantar, Hawa Mahal, Amber Fort, Jal Mahal and a couple of places which I forgot the names.

We even had a good ride on a camel! Taklah selesa menunggang unta, aku tertanya-tanya bagaimana orang dulu menunggang haiwan ini berminggu-minggu, berbulan-bulan?

Sekali lagi kami makan di sebuah restoran yang agak mahal, dibawa oleh pemandu kami, yang juga seorang muslim. Tapi bil kami murah sikit sahaja daripada semalam. Ini mengingatkan aku kepada lawatan ke Sepanyol pada tahun 2008, di mana aku turut berbelanja lebih untuk makanan. Rasa macam rugi tapi bila fikirkan halal haram, syukur alhamdulillah buat Allah yang Maha Kaya.

Sunday, 19 June 2011

Humayan Tomb

First day in New Delhi

Panas, betul- betul panas. Kami mulakan hari dengan lawatan ke India Gate, yang dibina bagi meraikan pengorbanan 70 ribu askar India dalam Perang Dunia Pertama.