Showing posts with label Perhentian Island. Show all posts
Showing posts with label Perhentian Island. Show all posts

Friday, 21 October 2011

World's 50 best beaches

CNN voted Perhentian Kecil as the best beach in Asia (6th in the World), better than Phi Phi Island which ranked 7th in the World's 50 best beaches. Alhamdulillah, I've been to both islands. Memang lawa, memang cantik.

Meanwhile, Tanjung Rhu Langkawi was ranked 21st in the said list.

My dear friends, since Redang was not in the list, let me bring you to Perhentian Kecil for next under the sun trip.

Friday, 28 August 2009

Perhentian Island Trip 2009 - Cerita Satu

Sebelum ini, aku belum pernah mengunjungi mana-mana pulau di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Aku cuma ke Langkawi, Pangkor dan Pulau Pinang.

Semuanya berubah bila aku diajak oleh Ayud untuk sertai kelas scuba diving.

Setelah menghadiri kelas di Pusat Akuatik Darul Ehsan, datanglah keseronokan menyelam di salah satu daripada 100 pulau yang tercantik di dunia (mengikut maklumat yang disampaikan oleh Kak Rahimah, yang aku tidak berpeluang untuk mengesahkan kebenarannya).

Ternyata perairan di Pulau Perhentian, baik Perhentian Besar mahu pun Perhentian Kecil, cantik dan membiru. Dan ramai pelancong asing, terutamanya daripada negara-negara Hemisfera Utara.

Rombongan kami yang seramai 25 orang itu, menginap di sebuah resort yang dikendalikan oleh bekas anggota Kumpulan Medicine, salah satu artis berkumpulan yang pernah popular di era 90an.

Dan ketika dan saat itu juga, ada penggambaran sebuah drama yang menggandingkan Fauziah Ghous dan Iqram Dinzly. Dan nak dijadikan cerita, salah seorang pelakon dalam produksi ini telah meng'usha' salah seorang daripada kami! hehehe.

Aku malas nak upload gambar-gambar berserta post ini, kerana 1) banyak sangat; dan 2) akan mengambil masa yang lama. Jadi kepada yang mempunyai akaun dengan Facebook ataupun Orkut, meh sini alamat e-mel anda. Nanti aku e-melkan pautan ke koleksi-koleksi gambar di Pulau Perhentian, terutamanya gambar-gambar aku bergaya dengan peralatan menyelam dan aksi-aksi selaman yang mengasyikan itu. hehehe.