Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Tuesday, 2 July 2013

Malaysia's crime is serious!

Note: The article was first published on The Malaysian Insider.

Satu persoalan di sini, apakah sesuatu situasi itu hanya dikatakan serius apabila ia terjadi kepada orang kenamaan?

My 2 cent:
PDRM berdepan dengan cabaran yang besar untuk mengikis persepsi masyarakat bahawa ia gagal membenteras jenayah. Satu tindakan segera dan drastik perlu dilaksana untuk mengembalikan keamanan serta kepercayaan rakyat kepada institusi kepolisan negara. Antaranya, menambah peratusan polis di bahagian membenteras jenayah (khabarnya cuma 9%!), mengurangkan peratusan polis di bahagian pentadbiran (mengapa perlu sampai 40%?), menubuhkan satu mekanisme untuk membolehkan rakyat membuat aduan terhadap PDRM secara telus dan penuh accountable.

Di samping itu, masyarakat juga perlu lebih peka dan prihatin tentang aspek-aspek keselamatan diri dan  harta benda. Keselamatan adalah tanggungjawab semua, bukan hanya PDRM.

Khairy concedes Malaysia’s crime situation is “serious”

JULY 02, 2013
The worsening crime situation in Malaysia is not mere perception as claimed by some quarters and Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin joined the ranks of believers after being a burglary victim over the weekend.
He conceded in a Facebook post that the burglary was something real and not at all perception, as claimed by some quarters, such as the police and the Home Ministry.
Previous Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein and senior police officers have attributed negative sentiments on crime to the people's perception.
Kuala Lumpur police had confirmed over the weekend that a minister's home in Damansara Heights had been ransacked by thieves but declined to reveal his identity. It was later learnt that the bungalow belongs to Khairy's mother and that Khairy and his wife were residing there. Only the maid was home at the time of the robbery, which was revealed by Kuala Lumpur CID chief Datuk Ku Chin Wah to be around 5.30pm.

Friday, 23 December 2011

Si Genius Yang Suka Berjenaka


Majalah Maskulin menampilkan YB Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai muka depan edisi pertama 2012.

Pada pandangan aku, KJ memang padan jadi cover boy majalah. Dan aku rasa dia adalah salah seorang yang berpotensi untuk menjadi PM satu hari nanti. Dia pandai dan dia berani. Ciri-ciri yang ada pada Dr Mahathir and Anwar Ibrahim.

Cuma rezeki sahaja jadi pertaruhan.


Sent from my iPhone

Thursday, 2 June 2011

Question Time with KJ

Yahoo Malaysia menganjurkan sesi kedua Question Time bersama Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Berikut diterbitkan semula petikan daripada sesi itu yang disiarkan oleh Malaysiakini:



Soalan: Apa kaitan YB dengan Jason Lo, Tony Fernandes dan adakan terdapat hubungan dalam sokongan YB terhadap AirAsia dalam peruntukan perjalanan.
Jawapan: Jason Lo kawan baik saya. Saya kenal dia sejak kecil. Tony juga kawan saya. Saya tidak punya sebarang saham dalam AirAsia. Siapa buat dakwaan ini boleh jumpa saya di mahkamah. Saya sokong peruntukan perjalanan kerana ia baik untuk negara ini supaya lebih pelancong tiba. Kamu tak mahu lebih ramai melawat Malaysia.

Soalan: KJ, kamu tiada saham dalam AirAsia, tetapi adakah anggota keluarga terdekat mempunyai saham dalam AirAsia? ;)
Jawapan: Anggota terdekat saya tiada saham dalam AirAsia, begitu juga kawan-kawan atau proksi. Sekali lagi, saya sedia bertemu sesiapa sahaja di mahkamah berhubung perkara ini.

Soalan: YB, adakah YB masih mampu menjadi PM ketika berumur 40 tahun?
Jawapan: Hahaha. Ini fitnah! Urban legend. Saya tak pernah kata mahu jadi PM pada umur 40 atau mahu jadi PM. Saya hanya mahu berkhidmat atas kapasiti yang rakyat mahukan.

Soalan: Apa kamu akan jadi/buat sekiranya tidak berada dalam politik?
Jawapan: Koresponden perang.

Soalan: Apa kelemahan PM kita?
Jawapan: Beliau suka lagu 'Nobody But You' oleh (Wondergirls)? Ini kelemahan yang buruk.

Soalan: Khairy, siapa penyanyi kegemaran kamu?
Jawapan: Tentulah bukan Wondergirls. Haha. Maaf DS Najib. Saya suka U2, Counting Crows dan Dave Mathews. Artis tempatan, saya suka Faizal Tahir. Beliau cool.

Soalan: Makanan kegemaran YB?
Jawapan: Patin atau ikan keli.



Soalan: Apa pendapat anda tentang Justin Bieber?
Jawapan: Muntah. Maaf kepada semua Beliebers. Mungkin hilang undi mereka di sana.

Soalan: Apa pandangan kamu pada Raja Petra Kamaruddin?
Jawapan: Dia suka putarkan pembohongan dan semuanya terdedah akhir-akhir ini.

Soalan: Khairy, apa pendapat kamu tentang Mukhriz Mahathir, adakah kamu fikir beliau sebagai ancaman kepada karier politik kamu?
Jawapan: Beliau pemimpin muda Umno dengan potensi yang besar. Sebagai pemimpin Umno kami mesti bekerjasama. Walaupun kami pernah bersaing sesama sendiri untuk jawatan ketua Pemuda, saya rasa kedua-dua kami cukup matang bekerjasama untuk parti.

Soalan: Patutkah Mahathir kembali menjadi perdana menteri?
Jawapan: Saya rasa kita patut lihat ke hadapan.

Soalan: Kamu amat kritikal kepada polisi dan legasi Tun M. Kenapa?
Jawapan: Saya kritikal pada dasar. Ia bukan berkaitan peribadi kepada siapa pun. Jika ada yang saya tidak setuju, saya akan suarakan pendapat sendiri. Saya telah lakukan banyak kali kepada kerajaan ini dan dalam parlimen juga. Baru-baru ini saya menentang signal daripada kerajaan untuk menaikkan harga petrol RON95. Dasar, bukan orangnya.

Soalan: YB... Bagaimana hubungan dengan (Anwar Ibrahim) dan keluarganya?
Jawapan: Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan anggota keluarganya. Saya hanya lihatnya di parlimen.

Soalan: YB, adakan benar kamu sepatunya berkahwin dengan Nurul Izzah suatu masa dulu?
Jawapan: Hahaha. Tak akan. Saya tak kenal langsung beliau kecuali melihatnya di parlimen sahaja. Satu lagi pembohongan dan urban legend. Orang ramai percaya pada omong kosong.