Friday 26 October 2012

Eid Adha To All

Tahun ini, sambutan aidil adha agak lebih meriah kerana mak saudara aku yang bermastautin di London,turut pulang ke Melaka bersama-sama suaminya.

Dan beliau sekeluarga turut mengerjakan ibadah qurban.

Abah mengepalai sementara aku, Fizul, dua orang ipar aku - Mus dan Helmi dan seorang sepupu lelaki, Noorzali telah ditugaskan untuk melapah daging lembu.

Terima kasih kepada kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga yang turut membantu menyelesaikan urusan pembahagian daging qurban ini.

Inilah kali pertama aku melapah daging qurban. What an experience!

Kesempatan ini juga diambil untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua muslimin dan muslimat.

Kepada jemaah haji di Mekah, terutama kaum keluarga semoga tenang dan kusyuk mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu.

Dan kepada yang menunaikan ibadah qurban, semoga qurban itu diterima Allah taala.

Aamin...

No comments: