Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts
Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

B.Lift from ZZ

I received this promo from one of Ziana Zain's diehard fans, who else if not, Ajoi.

Amboi, memang musim artis keluarkan produk kecantikan. Cuma aku tertanya-tanya, artis-artis ini pakai ke produk mereka tu?

Ke mereka masih lagi pengguna setia, SKII ke, Estee Lauder ke.

Jangan propa sudah! Tapi statement ini adalah ayat umum untuk semua artis ya. Jangan marah Ajoi. Jangan sentap ZZ :)

Tuesday, 14 February 2012

Dessy Fitri

Tak ramai penyanyi Indonesia yang menggamit minat aku. Selain Ruth Sahayana dan Endang Estaurina, aku amat menggemari vokal Dessy Fitri.

Aku mula mengkagumi vokal penyanyi yang bertubuh kerdil ini ketika beliau merakamkan lagu Di Akhir Garisan bersama-sama Nora, Ziana Zain dan Ning Baizura.

Aku cuma memiliki satu sahaja album beliau iaitu Mimpi Sedih. Tapi album tersebut telah hilang. Aku jenguk-jenguk di toko-toko muzik, kot ada saki baki album ini, tapi sampai sekarang tiada rezeki.

Jom nikmati dua lagu beliau, iaitu Why Do You Love Me dan Mimpi Sedih.