Tuesday, 15 July 2008

Hitam Putih Aznil

Di awal pembacaan artikel tulisan Zack, penulis mati-mati ingatkan ianya satu karya satira. Lebih-lebih lagi, subjek yang diangkat tidak lain tidak bukan, Aznil Haji Nawawi. Antara yang paling sesuai untuk diolah bagi menjadi satu satira hiburan yang pasti menghiburkan.

Akan tetapi, makin dibaca makin meleset harapan yang menggunung tadi. Ketika sudah dibaca separuh artikel tersebut, semakin terserlah kesungguhan Zack mencanangkan kehebatan pengacara yang mulai membina nama dengan rancangan Pop Kuiz ini, seadanya. Tiada tokok tambah yang bisa meyakinkan pembaca bahawa Aznil berpotensi untuk mewarisi kegahan P. Ramlee. Seorang lagi peserta yang mempersia-siakan peluang keemasan untuk bersinar.

Aznil di kaca mata Zack betul-betul sama dengan Aznil di kaca mata Huzz, Zubir ataupun Elyana. Sangat pipih, biarpun tidak seratus peratus.

Sebenarnya tiada salahnya mengilustrasikan subjek seperti Aznil sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya, karya yang terhasil tidak judgemental - satu teknik berkarya yang sinonim dengan Osman Ali, cuma mediumnya berlainan. Tetapi, kepipihan bisa mengundang kebosanan sekiranya ianya gagal dinukil sebaik mungkin. Kerana yang cuba dipersembahkan tiada bezanya yang boleh dibaca dalam makalah Panca Indera ataupun Bintang Popular. Tiada elemen tersirat. Oleh demikian, aura Aznil Haji Nawawi tidak mengesankan dan tiada gah.

Satu aspek yang perlu diberikan penekanan oleh Zack ialah ketepatan diksi yang dipilih guna dalam tulisan beliau. Seandainya tidak dijaga, akan timbul unsur-unsur generalisation yang bobrok dan tidak masuk akal. Contohnya, frasa "setiap masyarakat di dunia" dalam ayat "P. Ramlee adalah amat dikagumi oleh setiap masyarakat di dunia terutamanya di Malaysia" sangat mencurigakan. Apa bukti yang Zack ada yang membuktikan bahawa masyarakat di Tibet, Nigeria, Iceland ataupun Peru mengagumi P. Ramlee? Begitu juga perincian tentang Aznil dalam ayat "beliau juga dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur tak kira anak kecil, tua dan muda" sungguh mencurigakan. Seboleh-bolehnya, perkataan "setiap" dan "segenap" dijauhi, kecuali boleh disandarkan dengan fakta dan hujah bernas.

Namun kenakalan Zack membangkitkan isu homoseksual adalah satu contoh attention grabber yang berkesan. Satu aspek yang kurang diambil berat oleh beberapa peserta yang lain. Dan Zack konsisten dengan stail non-judgemental beliau.

Sayang sekali salah satu kelebihan Aznil iaitu kerelevanan beliau dilepas pandang. Aznil kekal relevan berbanding seorang kawan yang juga "musuh ketat"nya, Azwan Haji Ali adalah kerana Aznil PEKA dengan tuntutan kontemporari, PANTAS membaca reaksi kumpulan sasaran, dan BIJAK memberikan reaksi yang popular dalam bentuk yang tampak SENSASI. Tanpa keempat-empat elemen ini, maka syok sendiri jawabnya!

Secara keseluruhannya, artikel tentang Aznil ini adalah sebuah karangan hitam putih. Yang diketahui hitam, kekal hitam dan yang putih, berterusan putih. Tidak berwarna warni, lantas subjek dalam karangan tersebut tampak biasa-biasa sahaja. Tidak terserlah keistimewaan yang magic. Ianya sedikit "kelakar" gara-gara pemilihan diksi yang tidak tepat. Tetapi, sekurang-kurangnya penulisan Zack tidak melewah-lewah.


p/s: Alhamdulillah, I'm so thankful to Allah that my sister is recovering very well indeed. Currently, I'm in Germany.

4 comments:

Wadi: said...

Saya begitu tertarik dengan komentar konstruktif saudara Hasmiron berkenaan dengan hasil tulisan saudara Salzali atau panggilan mesranya "Zack".

Secara peribadi, saya berpendapat Zack telah memperihalkan pencapaian Aznil Nawawi yang agak kliche (cliche'). Walaubagaimanapun, usaha Zack untuk mempertengahkan konsep "non-judgmental" adalah suatu yang berani secara dasarnya.

Sekiranya dibaca dengan teliti (dalam lunas ayat-ayat berkait), Zack mempunyai kemahiran untuk mencungkil bakatnya di dalam penulisan berlunaskan kertas cadangan. Beliau boleh mengembangkan potensi bakat ini sekiranya diberikan peluang pendedahan oleh majikannya. Tetapi, sebaliknya, penyelia beliau adalah seorang yang berbangsa Jepun.

Saya juga berpendapat Zack tidak hipokrit di dalam naratifnya. Ia bersifat bersahaja, terus kepada faktanya dan tidak berputar alam.

Saya mencadangkan agar saudara Zack dapat mengasah bakat penulisan kepada yang bersifat komunikasi korporat. Anda punyai potensi! Percayalah..

Ikhlas
Wadi

izal said...

bagusss komen ko ron...bernas sgt..

dan tahniah pd z atas kecemerlangan essay anda..

lepas ni aron, ko boleh jadi mcm A Samad Said...hehehe

ZaCk said...

Ayo! tergetar2 aku bace komen tau!!
ahaks.. Baru nak menafas lps bace komen Aron..ku ternampak komen dari Noris.. ayo!!
anyway thanks to Aron n Wadi komen penulisan aku.. aku terima seadannya.. Thanks to Izal too..hehe..Lepas A'zab..hehe..

ukanera arenaku said...

zack:
apa pulak azab? percaya pada diri sendiri!