Monday, 31 October 2011

Usage of Bahasa Melayu

The Government should have implement this policy much earlier. Anyhow, it's better late than never. I personally think this is a good policy.

In this regard, I would also think that the Government should remain firm on the PSSMI. National schools should use national language, except for non-BM language classes. And the government should not entertain the political threat from PAGE on this matter. Let them be in the same category as PERKASA and HINDRAF as the champion for "politik ugut mengugut".

One more thing, I really hope that both camps would ensure that all of their candidates for the incoming general election are fluent in Bahasa Melayu. It is sad to hear those politicians speak pathetic BM.


JPA arah urusan rasmi agensi awam guna penuh Bahasa Kebangsaan

Oleh G Manimaran
October 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Semua dokumen perjanjian dalam negeri melibatkan agensi-agensi kerajaan dikehendaki menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya — selari dengan keputusan Kabinet memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam urusan awam negara ini mulai sekarang.

Perkara itu, sebahagian daripada 10 urusan rasmi kerajaan, ditekankan dalam pekeliling terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akhir minggu lalu.

Bagaimanapun pekeliling itu tidak menyebut tindakan yang akan diambil JPA jika peraturan baru ini dilanggar.

"Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Dokumen tambahan atau lampiran, sekiranya ada, boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris," kata pekeliling itu yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Justeru, tegas beliau, semua ketua jabatan hendaklah memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan dengan baik dan betul serta secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

Selain dokumen-dokumen perjanjian dalam negara, kata beliau, keputusan itu melibatkan semua surat-menyurat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya.

Malah menurut beliau, agensi-agensi kerajaan dikehendaki memberi surat balasan beserta dokumen lampiran dalam Bahasa Kebangsaan termasuk surat-menyurat yang diterima daripada mana-mana pihak yang menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Pertengahan bulan ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar.

katanya, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.

Selain itu, kata Abu Bakar, dalam urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran bagi mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

"Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah dibuat dalam Bahasa Kebangsaan," kata beliau lagi.

Abu Bakar juga berkata, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, perasmian dan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

Abu Bakar menambah, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam oleh pihak berkuasa melantik, kementerian dan agensi kerajaan hendaklah disiar atau diterbitkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

"Semua urusan bagi perkhidmatan kaunter di agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan bukan warganegara Malaysia, petugas-petugas kaunter perkhidmatan boleh menggunakan bahasa yang difahami oleh pelanggan berkenaan.

"Semua maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai perkhidmatan awam oleh agensi kerajaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan. Bagi siaran dalam media massa berbahasa Inggeris, terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh disertakan sebagai dokumen lampiran bagi memastikan maksud asal maklum balas tidak disalah tafsir," katanya lagi.

Sementara itu, menurut Abu Bakar, surat antarabangsa semua surat rasmi oleh agensi kerajaan kepada pihak-pihak di luar negara digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

"Sekiranya ada dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama surat tersebut, ia bolehlah disediakan dalam Bahasa Inggeris," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, semua dokumen perjanjian oleh agensi kerajaan di peringkat antarabangsa hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris.

"Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan boleh disediakan bagi tujuan rekod dan semakan. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian di masa hadapan, dokumen asal dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan yang sahih," katanya lagi.

Katanya, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran di mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, boleh disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

"Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia boleh dikendalikan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris," katanya lagi.

Malah katanya, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran kementerian dan agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, hendaklah disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

Ulang Terbit: Merdeka

Walaupun kita sudah melewati bulan kemerdekaan, sukacita diterbit semula salah satu sajak kegemaranku, yang pertama kali diterbitkan di Aku dan Sajak pada tahun 2001.

Merdeka

Hari ini aku umpama tekukur betina
yang dibenarkan keluar
dari sangkar neraka.

Sekian lama berendam sengsara, berselimut derita
hari ini Tuhan jatuhkan rahmat-Nya lagi
memutuskan rantai-rantai seorang jantan
yang dua darsawarsa membelengguku.

Gembiraku pada Tuhan
yang menggerak tukul itu
yang menyuntik belas pada si Arif
yang mengeluar suara-suara adil dari wakilku
yang membogelkan seorang bapak
yang menjernihkan wajah seorang isteri.

Sekarang aku bebas
tahukah engkau bagaimana rasanya?
umpama bersimpuh di bawah pohon sena
di satu petang yang redup, nyaman
sambil mengulum ais-krim Malaysia.

Aku bebas ini hari
bersama lima puteri dan tiga putera
serta parut-parut yang membalut tubuh
tahukah engkau apa rasanya?


Hasmi Haron
Kuala Lumpur, MALAYSIA
27 Ogos 2001

Friday, 28 October 2011

Happy Birthday, Datin!

Well, today is not her birthday. Hers was on 25th, but she took leave on that day. So, Juita and the gang, planned for a surprised birthday bash today.

In her birthday wish, she thanked everyone for this lovely surprise and of course, the commitment and cooperation that everyone has given and wish all the best for each one of us.
Once again, happy birthday Datin Shahariah. Moga murah rezeki, berkat usia. Aamin.

Thursday, 27 October 2011

Bazir Wang Negara Satu Pengkhianatan

Aku setuju betul dengan Datuk A Kadir Jasin. Tiada istilah yang lebih tepat lagi. Mereka memang pengkhianat. Aku syorkan agar kerajaan "nama and shame" kesemua pihak yang terlibat dalam skandal pembaziran wang negara. Rakyat sudah muak dengan alasan-alasan yang bodoh dan bobrok.


Bazir wang negara satu pengkhianatan — A Kadir Jasin

October 27, 2011

27 OKT — Bukanlah tujuan kita sepanjang masa mencari salah Kerajaan. Kita juga harus mengiktiraf perkara-perkara betul yang Kerajaan lakukan.

Tetapi kalau Kerajaan melalukan kesalahan, kita berhak mengutuknya kerana kita tidak memilih dan membiayai Kerajaan untuk melakukan kesalahan.

Atas prinsip itu, kita menyambut baik Laporan Ketua Juruaudit Negara yang memberi markah tinggi kepada kebanyakan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Tetapi kita juga mengutuk kegagalan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang gagal menunjukkan prestasi baik.

Pada 24 Oktober, portal berita The Malaysian Insider melaporkan yang Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat (PAC) akan menyiasat tujuh Kementerian dan Agensi kerana pengurusan kewangan yang lemah. Mereka adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Perbadanan Stadium.

Pengerusi PAC, Azmi Khalid dipetik memberitahu pemberita bahawa ini adalah tujuh yang diperakukan oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan tahunannya yang terbaru. Kata Azmi, PAC akan memutuskan minggu depan kalau bilangan yang akan disiasat akan ditambah.

Azmi yang disertai Ketua Juruaudit Negara, Ambrin Buang, berkata, pengurusan kewangan Kementerian dan Agensi Kerajaan bertambah baik dengan 43 daripadanya mendapat skor tertinggi empat bintang, 60 tiga bintang dan dua mendapat dua bintang. Tidak ada yang memperoleh penarafan bintang merah iaitu satu bintang.

Saya tidak bercadang membuat analisis laporan Ketua Juruaudit Negara itu kerana media massa arus perdana dan baru telah banyak melaporkannya.

Memadailah kalau saya katakan, kelemahan pengurusan kewangan awam, biar sekecil mana pun, tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi dalam suasana kewangan negara yang semakin terhad dan mencabar.

Penyalahgunaan, pembaziran dan kebocoran peruntukan kewangan Negara bertentangan langsung dengan mantera 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan menggambarkan kegagalan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi wadah perjuangan Perdana Menteri Najib Razak.

Apatah lagi, Perdana Menteri sendiri, sebagai Menteri Kewangan, adalah ketua turus kewangan negara. Jadi, kalau ada autoriti mutakhir yang perlu dipersalahkan kerana kelemahan pengurusan kewangan awam, hendak tidak hendak, orang itu adalah Perdana Menteri sendiri kerana beliau adalah Menteri Kewangan.

Sebab itulah saya dari dulu lagi, berpegang kepada prinsip bahawa Perdana Menteri tidak wajar menjadi Menteri Kewangan. Tetapi, oleh kerana Perdana Menteri memilih untuk turut menjadi Menteri Kewangan, maka beliau perlulah menanggung padah "the buck stops here" seperti yang diungkapkan oleh Presiden Amerika, Harry S. Truman.

Dalam ingatan saya, hanya Tunku Abdul Rahman Putra tidak pernah menjadi Menteri Kewangan. Yang lain semuanya menjadi Menteri Kewangan, kalau tidak lama, sekejap. Najib menjadi Menteri Kewangan sejak beliau menerajui negara pada awal 2009.

Elok disebutkan yang dua daripada agensi yang akan disiasat oleh PAC terletak di bawah Kementerian Kewangan iaitu Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Itu belum diambil kira sembilan Kementerian dan Jabatan yang terlebih berbelanja sebanyak RM3.73 bilion. Antaranya Kementerian Pelajaran, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Secara peribadi, saya tidak membantah keras kalau kejadian terlebih berbelanja oleh Kementerian-Kementerian sosial dan ekonomi seperti Pelajaran, Kesihatan dan Pertanian bukan berpunca daripada pembaziran atau penyelewengan.

Dalam suasana ekonomi yang lembap dan inflasi yang meningkat, adalah lebih baik Kerajaan berbelanja ke atas rakyat jelata daripada untuk kesenangan beberapa kerat Menteri dan pegawai tinggi. Jadi, eloklah dijimatkan perbelanjaan mengubahsuai rumah dan pejabat Menteri, perjalanan dan keraian yang tidak perlu.

Satu lagi, saya bimbang sikap sambil lewa sesetengah pegawai awam terhadap kewangan negara bukan sahaja merugikan rakyat jelata, malah akan membawa nama buruk kepada Kerajaan.

Golongan yang paling dianakemaskan dan dijaga ibarat menatang minyak yang penuh adalah kakitangan awam. Tetapi, bukan sahaja perkhidmatan awam masih tidak cemerlang seperti yang dijanjikan di bawah GTP, malah (dengan ampun) wujud tanda-tanda ketidakpedulian dan sabotaj oleh elemen-elemen tertentu dalam perkhidmatan awam.

Akar umbi kepada kewujudan unsur-unsur negatif ini perlu didalami, difahami dan ditangani segara. Kepastian perlu dicari sama ada ia kebetulan atau disengajakan.

Antara yang sering kita dengar adalah ketidakpuasan hati kakitangan awam terhadap campur tangan pihak luar dan pihak-pihak dalam Kerajaan yang diberikan kuasa eksekutif yang mengatasi kuasa Menteri dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi. — kadirjasin.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication, and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Wednesday, 26 October 2011

Khairat Kematian

Alhamdulillah, aku baru saja tahu tentang perkara ini.

Waris pencarum ASB boleh menuntut manfaat khairat kematian sekiranya pencarum meninggal dunia. Tapi nilai manfaat khairat bergantung kepada baki akhir simpanan. Buat masa ini, khairat minima yang boleh dituntut adalah RM200.

Untuk membuat tuntutan, waris si mati (suami/isteri/anak/adik beradik) perlu ke mana-mana pejabat ASNB ataupun agen-agen ASNB dengan sijil mati dan kad pengenalan (jika warisnya anak) / surat beranak (jika warisnya adik beradik, berserta surat beranak si mati juga) / sijil nikah (jika warisnya suami/isteri).

Kalau tak silap, manfaat khairat kematian ini juga terpakai kepada mana-mana pencarum saham-saham amanah terbitan ASNB.

Tetapi, pencarum Tabung Haji dan KWSP tidak menikmati apa-apa manfaat khairat kematian.

Monday, 24 October 2011

Hadiah Buat Pengantin Baru

Alhamdulillah, we managed to collect an handsome amount of money for Zila's wedding gift. Thank you everyone who contributing generously. And thank you kak Azah for helping us to buy the LCD TV and DVD player. It's Sony ok! :)

Once again, congratulations to Zila and husband. Semoga berbahagia santak ke akhir hayat.

So, who's next?

Sunday, 23 October 2011

Women On Top

Asram and I brought a team from DFE to scale up the Broga Hill yesterday morning. All three ladies had never came to here before and two of them were newbies to hiking thingy. In fact, one of them had been sakat by a family member and friends with her intention to climb Broga Hill. Teruk, kan?!

We started at 7.45 am and took about an hour to reach the first peak of Bukit Broga. Asram and I were very happy to see how amazed our female colleagues were with the picturesque view of the surrounding area. It was awesomely gorgeous! It was to breath the fresh air once awhile too.

Anyhow, congratulations ladies. Insya Allah, will try to arrange another trip in the near future.





Friday, 21 October 2011

World's 50 best beaches

CNN voted Perhentian Kecil as the best beach in Asia (6th in the World), better than Phi Phi Island which ranked 7th in the World's 50 best beaches. Alhamdulillah, I've been to both islands. Memang lawa, memang cantik.

Meanwhile, Tanjung Rhu Langkawi was ranked 21st in the said list.

My dear friends, since Redang was not in the list, let me bring you to Perhentian Kecil for next under the sun trip.

Thursday, 20 October 2011

Terus perkasakan Bahasa Melayu

Sasterawan Negara
12:28PM Okt 20, 2011
[Artikel ini dipetik dari Malaysiakini]

Dalam tempoh seminggu dua terakhir ini, kedengaran suara positif dari kerajaan, terutamanya YAB Timbalan Perdana Menteri, untuk kembali memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Hal ini ditegaskan lagi oleh beliau ketika merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan di Melaka baru-baru ini.

Pandangan positif tersebut adalah sejajar dengan usaha pembinaan jati diri bangsa, yang berpaksikan bahasa kebangsaan sebagai tiang serinya.

Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, sudah menjadi tanggungjawab sejarahnya untuk mengekal dan memperkasakan sistem pendidikan dalam bahasa kebangsaan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bahasa ini bukan sahaja menjadi alat pengajaran tetapi juga alat pemikiran, pembentuk konsep dan pandangan hidup khusus Malaysia.

Namun kami percaya sebagai sebuah negara yang menjadi warga dunia maka bahasa dunia lainnya, termasuk Inggeris harus diperkenalkan dan diajar di sekolah-sekolah kita.

Kami berpegang kepada kebijakan wira tempatan kurun ke-16, iaitu Hang Tuah, yang diperikan sebagai menguasai 12 bahasa, untuk menunjukkan betapa pentingnya kita menguasai bahasa-bahasa lain tanpa menggadaikan maruah bahasa Melayu sendiri.

Sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia tidak mungkin menawarkan pilihan, sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tertentu.

Ini bukanlah cara yang berkesan dalam menyatupadukan warga negara dan membina sebuah negara bersama. Cara begini akan memperingkatkan dan membahagi-bahagikan kita dalam berbagai-bagai kelompok, di samping memperluaskan jurang pendidikan dan ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kurang berkesan sebagai wahana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, kerana kedua-dua subjek ini tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk memperhalus dan meninggikan bahasa Inggeris melalui kosa kata yang merentas bidang, segala nuansa serta mEtaforanya – semua ini wajar dikuasai pelajar untuk menjadi pengguna bahasa Inggeris yang berkesan.

Di samping itu, sebuah kajian oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) pada 2007-2008, yang melibatkan 50 penyelidik yang mewakili kepakaran pendidikan peringkat universiti, yang melibatkan 70 sekolah menengah dan 90 sekolah rendah, yang termuat dalam buku laporan mereka setebal 186 halaman (tidak termasuk tiga lampiran penting) – menunjukkan bahawa dasar PPSMI telah gagal untuk mencapai matlamatnya.

Sehubungan itu, yang perlu diperbaiki ialah modul serta kurikulum bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita. Adalah menghairankan, setelah para pelajar kita belajar bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah, dan lima tahun di sekolah menengah, kebanyakan mereka masih belum dapat menguasai bahasa ini dengan baik.

Sebaliknya, sebahagian pelajar lepasan sekolah menengah kita hanya memerlukan masa dua tahun untuk menguasai bahasa Jepun, Perancis, Jerman, dan terbaharu bahasa Rusia – bagi mengikuti kursus sains, teknologi dan perubatan di negara-negara berkenaan. Kita harus mencari contoh di Sweden, Denmark atau Belanda, di mana pengajaran lebih berkesan dan pelajar cepat menguasai dengan baik bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.

Bukti bahawa bahasa Melayu boleh dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan kita hingga ke peringkat universiti, dan dalam masa yang sama mahasiswa boleh mengasah kemahiran bahasa Inggeris mereka, dapat dilihat melalui kisah kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak penubuhannya pada tahun 1970.

Sehingga tahun 1990-an, UKM telah menghasilkan lebih 450 tesis PhD dan lebih 2,000 tesis Sarjana (MA & M.Sc.) dalam bidang sains dan pelbagai bidang lain, yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Lepasan UKM ramai yang telah menjadi profesional yang dihormati di dalam dan luar negara, termasuk dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan perubatan.

Walau pun telah mengikuti kurus-kursus dalam bahasa kebangsaan di Malaysia mereka tidak banyak menghadapi masalah apabila mengikuti kursus-kursus ijazah tinggi di UK, AS, Australia, Perancis, Jepun, negara-negara Timur Tengah, Rusia dan Ukraine.

Untuk terus memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, penerbitan buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang, dan untuk bacaan pelbagai peringkat pembaca, mestilah terus ditingkatkan jumlah serta mutunya.

Janji YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memberi dana khas penerbitan buku ilmu, seperti yang diumumkan baru-baru ini, merupakan peluang yang harus diambil oleh semua pihak, terutamanya tenaga pengajar di semua universiti awam negara ini.

Sehubungan itu juga, pihak universiti awam wajar mengiktiraf sumbangan tenaga pengajar mereka yang menghasilkan penulisan dalam jurnal atau dalam bentuk buku dalam bahasa Melayu, bagi pertimbangan sumbangan ilmiahnya, termasuk kenaikan pangkat – selain sumbangan dalam jurnal antarabangsa.

Jika universiti awam di Malaysia tidak mengiktiraf penerbitan dalam bahasa kebangsaan, kepada siapa lagi nasib bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu hendak diserahkan?

Kami percaya jika sumbangan penulisan dalam bahasa Melayu oleh tenaga pengajar diiktiraf oleh universiti awam masing-masing, 1,700 professor yang diwakili dalam Majlis Profesor Negara, dan 25,000 tenaga pengajar di universiti-universiti awam kita akan kembali aktif menulis karya-karya ilmiah dalam bahasa Melayu dan memulakan suatu gerak baru dalam sejarah bahasa kita.

Kami juga mengharapkan Dewan Bahasa dan Pustaka akan memainkan peranan penuhnya secara terbuka, melibatkan semua suku bangsa, dinamik dan imaginatif. Kehadiran bahasa Melayu di dunia juga harus ditegaskan. Hubungan antarabangsa yang lama terbina dalam hal-hal kebahasaan harus diteruskan.

Kami juga ingin mencadangkan supaya diisytiharkan Hari Bahasa Melayu Sedunia pada salah suatu hari dalam Bulan Bahasa Kebangsaan. Hari Bahasa Melayu Sedunia ini dapat dirayakan di semua negara berbahasa Melayu dan di institusi pengajian tinggi dan diplomasi di luar daerah Asia Tenggara.

Kami juga mencadangkan supaya diiktiraf penutur bahasa Melayu yang baik di kalangan warga negara Malaysia dan juga diplomat, pengusaha serta penduduk yang berasal dari luar negara.

Kita perlu semarakkan suatu bahasa dunia yang besar lagi penting ini, supaya apinya dapat menerangkan ilmu dan memberi warna indah kepada jati diri kita.

Nota: Tulisan di atas adalah kenyataan bersama Sasterawan Negara:

Dato’ Prof. Shahnon Ahmad
Dato’ A. Samad Said
Prof Dr. Muhammad Haji Salleh
Dato’ Noordin Hassan
Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah

Tuesday, 18 October 2011

Al-fatihah buat Pak Itam

My beloved uncle, Ramlan Puteh has passed away this morning in Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka. He has been a good uncle to me and the whole family. May Allah forgive all of his sins, receive his good deeds and place him amongst His believers. Al-fatihah.


Inspirasiku, Pak Itam

Engkau umat Muhammad saw
dan dikau inspirasiku.

Engkau kasihkan keluarga
dan keluarga sayang dikau.

Dikau inspirasiku
pengikut Muhammad saw
yang cinta keluarganya.

Kau ajarku tabah
kau tunjukku usaha
dan aku percaya semula cinta.

Kau inspirasiku
dikau umat Muhammad saw
moga Allah kurniaku kasih sayangmu.


Hasmi Haron
Kuala Lumpur, MALAYSIA
18 Oktober 2011

Saturday, 15 October 2011

Visit Wafri One More Time

Minggu ini aku pulang ke Bachang lagi. Melepaskan rindu pada Wafri. Anak buah aku sudah masuk hari ke-44.

Aku pulang dengan 5 kotak Domino's Pizza. Two large and three regular pizzas. Ini bermakna, dua malam berturut-turut aku pekena pizza. Kaya lah Domino's Pizza macam ni!

Wednesday, 12 October 2011

Ritter Sport

Linda was the one who introduced this chocolate to me. It has several variants or flavours, but according to her and one of the customers at Haji Ismail Group that I talked to, it seems that the cornflakes flavour is the best one.

I've tasted it and couldn't agree more with the two ladies.

Cubalah...

Tuesday, 11 October 2011

Sunday, 9 October 2011

Akad nikah of Pak Itam

He was engaged to his fiance for 9 years, (yes, you heard me correctly - 9 years!) and today he tied the knot to become a husband.

Tahniah Pak Itam. Semoga berbahagia santak akhir hayat. Aamin.

Alhamdulillah for the smooth akad nikah and thank God for the opportunity to meet my big family. It was great to meet every single of my mother's siblings -both Mak Longs, Mak Ngah, Mak Lang, Mak Endek, Bibit, Pak Chik, Mak Nit, Busu and of course the groom - Pak Itam.

And Tok Alam was there too together with my cousins.

I guess I see you guys again at Niza's wedding next month. Talking about the wedding, my parents have appointed me to be the tukang menjemput. Well, not that keen for that job, but since I love my sister and my parents dearly, I will perform it full-heartedly.

And, of course it gives me a rare opportunity to meet with all my relatives in Kuala Lumpur and Selangor. Best apa!

Saturday, 8 October 2011

Intipati Belanjawan 2012 Barisan Nasional

This article was taken from Harian Malaysia.


KUALA LUMPUR 8 Okt. – Berikut ialah intipati Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat semalam:

* Pengenalan beberapa program transformasi sektoral berpayung pada Dasar Transformasi Nasional (DTN) mulai 2011-2020.

* RM238.8 bilion untuk semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya yang menumpukan kepada kesejahteraan rakyat, di mana RM181.6 bilion ialah perbelanjaan mengurus dan RM51.2 perbelanjaan pembangunan.

* RM13.6 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* Kerajaan akan melaksanakan Pakej Rangsangan Khas, melalui Private Financing Inititative (PFI), dengan projek berjumlah RM6 bilion akan dilaksanakan.

* Tahun 2012 diumumkan sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional dan sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi melaksanakan beberapa inisiatif strategik.

* RM50.2 bilion diperuntukkan bagi sektor pendidikan dengan RM1.9 bilion peruntukan pembangunan untuk Kementerian Pelajaran yang akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah.

* Peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelengaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

* Pemansuhan bayaran kokurikulum, kertas dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful sebanyak RM24.50 dan RM33.50 masing-masing bagi sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan 2012.

* Sumbangan kewangan daripada syarikat dan orang perseorangan bagi menambah baik kemudahan di sekolah-sekolah akan diberi potongan cukai bagi menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut.

* Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) sedia ada di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, Perak akan dimajukan sebagai projek perintis Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) manakala empat lagi RTC akan dibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.
* Mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan-pekan kecil dengan dana berjumlah RM100 juta disediakan oleh BSN secara pinjaman mudah dengan kadar empat peratus.

* RM110 juta bagi melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang melibatkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar.

* RM140 juta diperuntukkan kepada RISDA bagi melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah serta kelapa sawit yang akan memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.

* RM5 bilion disediakan untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asasluar bandar secara lebih komprehensif.

* RM500 juta untuk meneruskan pelaksanaan Projek Penyelengaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), yang membuka peluang kepada hampir 29,000 kontraktor Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

* RM50 juta untuk memperluaskan projek bekalan air menggunakan kaedah tadahan air hujan ke Sabah.

* RM400 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di kawasan-kawasan FELDA terpilih, selain RM50 juta untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada.

* RM150 juta akan disalurkan ke Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank untuk menambah baik perkhidmatan bas bagi masyarakat luar bandar.

* RM90 juta untuk penyediaan kemudahan asas termasuk memperluaskan projek bekalan air terawat serta program penjanaan pendapatan untuk masyarakat Orang Asli.

* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

* Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan yang mana bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

* Peruntukan RM120 juta untuk bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam dengan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam termasuk guru.

* Menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda.

* Pemberian bayaran khas sebanyak RM3,000 secara “one-off” kepada 4,300 orang kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang telah menamatkan kontrak.

* RM442 juta untuk perbelanjaan pembangunan Polis Diraja Malaysia termasuk pembinaan projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan.

* RM500 juta diperuntukkan di bawah program “Army Care” untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

* RM50 juta untuk melaksanakan program latihan khusus untuk anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.

* Pemberian sumbangan sebanyak RM3,000 secara “one-off” kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.

* Peruntukan RM1.1 bilion bagi pembangunan sektor pertanian.

* Memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dengan peruntukan RM300 juta.

* Meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009, yang memberi manfaat kepada 1 juta isi rumah.

* Lebih RM1 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin, kanak-kanak miskin dan Orang Kurang Upaya, yang akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat.

* Pembukaan 85 unit tambahan Kedai Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan RM40 juta.

* Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.

* RM443 juta bagi membina 8,000 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa dan 7,000 unit PPR dimiliki.

* RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai, selain RM40 juta bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

* Mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan RM300 juta.

* Sektor perkhidmatan kesihatan menerima peruntukan RM15 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

* RM300 juta untuk menambah baik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana RM50 juta daripadanya akan digunakan untuk membina sebuah sayap baru HKL khusus untuk rawatan pesakit luar.

* Pemilik teksi bajet persendirian diberi pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

* Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

* Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi 7 tahun tetapi kurang daripada 10 tahun, manakala bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1,000 akan diberikan.

* Peruntukan RM320 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk golongan belia.

* RM15 juta bagi membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dicapai, di samping RM50 juta bagi menyediakan kemudahan padang tiruan atau “artificial turf” yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih di seluruh negara.

* Mulai 1 Jan 2012, semua warganegara berumur 60 tahun dan ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik kerajaan. Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.

* Pemberian bantuan tunai secara “one-off” RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup.RM1.8 bilion diperuntukkan bagi tujuan ini.

* Bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara, selain pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar
tingkatan enam di seluruh negara.

* Membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal untuk menunaikan ibadah haji melalui penghadangan atau “ring-fencing” Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.

Intipati Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat

This article was taken from Harian Malaysia.

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan Kesejahteraan Untuk Semua pada 4 Oktober yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah ini adalah intipati belanjawan tersebut:-

1. Kesejahteraan Untuk Semua

Belanjawan Kesejahteraan 2012 yang diluncurkan Pakatan Rakyat merupakan suatu permuafakatan merangka masa depan baru bagi Malaysia selari dengan pengikraran Agenda Bersama Disember 2009 dan Buku Jingga, Disember 2010.

Kesejahteraan Untuk Semua hanya boleh dicapai apabila mempunyai iltizam politik membawa reformasi secara menyeluruh terhadap institusi-institusi negara serta dipandu oleh prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik. Kepelbagaian Malaysia merupakan kekuatan kita. Pertumbuhan ekonomi kita bergantung kepada muafakat rakyat tanpa mengira gender, etnik dan agama.

Hanya melalui belanjawan yang responsif kepada gender dan berdasarkan agenda memperkukuh rakyat biasa untuk hidup dengan penuh rasa hormat serta punyai segala peluang akan membolehkan mereka menggunakan segala potensi yang ada dengan penuh semangat. Mengakui tekanan inflasi terhadap rakyat Malaysia. Belanjawan Kesejahteraan 2012 berhasrat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati semua melalui dasar dan kerangka yang bertujuan meningkatkan pendapatan 60 peratus isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pengenalan gaji minima, mengurangkan jumlah pekerja asing tidak terlatih, meningkatkan kemahiran dan produktiviti secara besar-besaran akan memberi faedah kepada tenaga kerja rakyat tempatan. Keutamaan adalah memberi perhatian khusus untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja, maka gaji, kemahiran dan produktiviti juga dapat ditingkatkan.

Mempertingkatkan keupayaan pengangkutan awam, perumahan dan penjagaan kesihatan membolehkan pendapatan boleh guna rakyat yang semakin tinggi. Pendapatan boleh guna yang tinggi akan memberi kesan baik kepada perbelanjaan tempatan; sesuatu yang penting dalam persekitaran global yang semakin tidak stabil.
Monopoli dan oligopoli yang dipecahkan akan meningkatkan persaingan serta membantu ahli perniagaan Malaysia untuk mengurangkan kos. Persaingan akan mengurangkan tekanan inflasi dan menjana lebih banyak pilihan kepada rakyat.

2. Negara Kaya, Rakyat Miskin?

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber. Tetapi bagaimana keuntungan dari sumber alam semulajadi yang banyak dapat diagihkan kepada rakyat Malaysia? Pada masa ini, rakyat tidak menikmati pendapatan yang sepatutnya. Kumpulan terbawah iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan manakala kumpulan pertengahan yang juga meliputi 40 peratus menikmati pendapatan purata RM3,500 sebulan.

Secara keseluruhan 80 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM2,500 sebulan. Dari segi kelayakan, sesuatu yang memeranjatkan, 70 peratus penduduk hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kelayakan tertinggi manakala dari segi pekerjaan lebih satu pertiga ketua keluarga dalam sektor tidak rasmi. Ia sesuatu yang tidak memeranjatkan dalam ketidaksamaan pendapatan di Malaysia adalah tinggi di mana kumpulan 40 peratus dibawah hanya menikmati pendapatan 15 peratus manakala kumpulan 20 peratus diatas menikmati pendapatan 49 peratus.

Gejala sebuah negara yang terperangkap dengan kelembapan ternyata wujud di Malaysia berikutan dasar yang telah ketinggalan zaman dan pengurusan ekonomi yang lemah hanya mengutamakan sekumpulan individu.
Pada masa ini, apa yang kita lihat,

i) ketidakupayaan sekumpulan besar rakyat yang tidak mampu untuk berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.
ii) jumlah pengangguran di kalangan graduan tempatan yang tinggi dan pada yang sama wujud rungutan majikan mengenai kekurangan kemahiran dan bakat.
iii) perbelanjaan subsidi yang telah melambung naik 10 kali ganda.
iv) pelaburan tempatan dan asing adalah kurang menyebabkan Malaysia satu-satunya negara di ASEAN yang mengalami pengaliran keluar pelaburan asing (FDI) kasar.
Perkara ini tidak membantu apabila pada masa yang sama ekonomi global yang memasuki satu lagi fasa gelora. Keupayaan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjana pertubuhan adalah terhad. Eksport ke negara-negara barat bukan lagi sumber pertumbuhan untuk Asia. Kita perlu mencari sumber baru yang akan memberikan kelebihan.

Belanjawan Kesejahteraan 2012

Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 menekankan pemerkasaan, peluang dan harga diri untuk seluruh rakyat Malaysia berteraskan kerangka kewangan dan lingkungan yang mampan. Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 menumpukan usaha membangun rakyat Malaysia, bukannya projek mega. Ianya bukan untuk kroni dan mereka yang berkepentingan akan tetapi demi memperkukuh keusahawanan, produktiviti dan kerja yang baik.

3. Perbelanjaan Berhemah

Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sejumlah RM 220 billion untuk belanjawan 2012 namun akan memastikan dana tersebut dibelanjakan secara berhemah, bertanggungjawab dan berkesan. Defisit akan dikurangkan kepada 4.4% dari KDNK berbanding 6% pada tahun 2011. Perbezaan itu bersamaan dengan RM 14 billion.
Pendapatan boleh ditingkatkan tanpa membebankan rakyat dengan memastikan konsesi kerajaan dan permit tidak disalahguna dan disalurkan dengan betul. Sebagai contoh, kita akan memperolehi pendapatan lebihan sekitar RM 1.2 billion sekiranya berjaya menaikkan harga Permit Import (AP).
Menumpukan usaha memastikan dana dibelanjakan secara berhemah dengan memastikan tiadanya ketirisan, pembaziran dan ketidakcekapan. Ini pastinya berjaya meransang lebih dari 20% keuntungan buat rakyat bersamaan dengan jumlah yang sama dibelanjakan. Sebagai contoh Pakatan Rakyat mampu untuk memperuntukkan RM 4.4 billion untuk:
Perkukuh pendidikan. Keseluruhan guru bakal menikmati elaun khas mengajar sejumlah RM 500 sebagaimana yang dijanjikan Buku Jingga.
Gaji minima yang memberi keuntungan buat 300 000 penjawat awam dan kenaikan keseluruhan skala gaji penjawat awam.
Formula dividen yang munasabah akan menggantikan amalan mendesak dividen yang besar jumlahnya dari Petronas. Sungguhpun harga petroleum kini lebih tinggi, dividen untuk 2012 hanya sekitar RM 26 billion, lebih rendah berbanding untuk tahun 2011 berjumlah RM 30 billion.

4. Meningkatan Pendapatan

Pakatan Rakyat akan mengutamakan polisi yang inisiatifnya menumpukan untuk meningkatkan tahap pendapatan keluarga dan kemahiran tenaga kerja.
Gaji adalah rendah di Malaysia. Kumpulan terbawah iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan dan gaji rendah ini menyebabkan:
* Bekalan yang banyak untuk tenaga kerja asing tidak terlatih.
* Kekurangan tenaga kerja terlatih.
* Penghalang kepada syarikat swasta untuk meningkatkan produktiviti.
Mengakui bahawa gaji hanya boleh tumbuh secara mampan dengan peningkatan produktiviti, tetapi ia juga adalah satu realiti bahawa mekanisma penentuan gaji tidak berfungsi. Pakatan Rakyat mencadangkan iaitu:
- Gaji minima adalah gaji dasar yang dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk memastikan semua pekerja di peringkat terendah mendapat gaji berperikemanusiaan dan akibat langsung daripada ini, pekerja-pekerja lain akan turut menikmati peningkatan gaji.
- RM 2 bilion akan diperuntukkan untuk sebuah Tabung Pemudahan (Facilitation Fund) untuk membantu usahawan, pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) dan firma-firma kecil untuk memperbaharui peralatan, menjentera dan merubah operasi mereka untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru.
- RM 1.6 bilion akan disalurkan untuk memperluas latihan teknikal dan vokasional untuk mempertingkat kepakaran tenaga kerja.
- 10,000 orang guru akan dilatih dan RM200 juta akan diperuntukkan untuk mengatasi kekurangan guru-guru bahasa Cina, Inggeris, Tamil dan guru-guru agama, serta RM 200 juta akan diberikan dengan serta merta untuk memperbaiki bangunan-bangunan sekolah terutamanya SRJK (C), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SRJK (T).

5. Menamatkan monopoli

Pakatan Rakyat akan membawa masuk suatu era baru dengan melaksanakan reformasi dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada untuk mengurangkan kos sara hidup, menggalakkan usahawan kecil dan sederhana (SME) serta pelaburan.
- Dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan yang akan memberi ganjaran kepada mereka yang berkebolehan dan bukan mereka yang mempunyai kenalan dalam kerajaan.
- Langkah-langkah sokongan bagi golongan bumiputera dan mereka yang kurang bernasib baik akan menumpukan perhatian untuk menambah daya saing golongan-golongan ini melalui pendidikan, latihan dan bantuan kewangan.
- Suatu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil kepada kepentingan umum.
- Mengembalikan tahap profesionalisme dan kemuliaan perkhidmatan awam agar mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, dari individu ke peniaga kecil hinggalah ke pelabur besar.
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dibebaskan dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Di masa hadapan, hanya GLC dalam sektor strategik sahaja akan dikekalkan.
- Akta Persaingan 2010 akan diperluas ke semua sektor ekonomi, termasuk syarikat telekomunikasi, perkhidmatan televisyen berbayar dan sektor tenaga.
- Monopoli-monopoli berikut (bukan menyeluruh) yang menghakis pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dan mengakibatkan kos perniagaan yang tinggi akan distruktur semula pada tahun 2012:
? Memansuhkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ke atas import beras. Sebaliknya, lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif, terbuka dan telus;
? Telekom Malaysia (TM) akan diarah melepaskan genggaman ke atas pasaran “jarak terakhir” (“last mile”) perkhidmatan internet jalur lebar dan fokus kepada perniagaan asas – data dan telefoni – lalu melahirkan pasaran “jarak terakhir” yang tegap dan berdaya saing. Ini akan mengurangkan kos dan menambahkan tahap penembusan internet jalur lebar;
? Kartel syarikat telekomunikasi akan dihapuskan;
? Kartel akhbar dan media akan dihapuskan;
? Kartel perkhidmatan penerbangan akan dihapuskan;
? Monopoli Astro ke atas perkhidmatan televisyen satelit siar terus berbayar akan dihapuskan;
? Lesen teksi akan diberi terus kepada para pemandu teksi.

6. Mempertahan Martabat di Waktu Susah

Pakatan Rakyat peka dan prihatin dengan kegusaran di hati rakyat untuk hidup bermaruah tatkala menghadapi tuntutan kehidupan seharian sebelum dasar-dasar untuk meningkatkan pendapatan membuahkan hasil.
- Langkah-langkah berikut dicadangkan diambil:
? Bonus RM1,000 setahun bagi setiap warga emas di Malaysia;
? Bayaran RM1,000 di tahun 2012 untuk warga suri rumah yang layak;
? Menambah pendapatan isi rumah golongan miskin tegar kepada RM550 sebulan dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial dengan menambah bayaran kebajikan terus sebanyak RM550 sebulan untuk memastikan penjajaran dengan bantuan kepada golongan miskin tegar; dan
? Elaun RM700 setahun bagi penjagaan anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak berkelulusan melalui penyediaan pinjaman khas dan insentif cukai. Pakatan Rakyat ingin melihat peningkatan kadar penyertaan buruh di kalangan wanita dari 46 peratus ke 55 peratus dalam masa lima tahun. Dasar-dasar lain untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, melalui latihan dan peningkatan kebolehlenturan waktu bekerja, akan dibincangkan.
Bergantung kepada peningkatan pendapatan rakyat, subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan akan dikekalkan pada jumlah RM 22 bilion. Dasar-dasar subsidi dan harga kawalan petrol akan dirombak untuk merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan:
? subsidi kepada badan-badan dan syarikat yang bersifat monopolistik akan dihentikan;
? subsidi-subsidi umum akan distruktur semula untuk mendatangkan kebaikan terus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang memerlukan.

7. Mengurangkan Jurang Bandar-Luar Bandar

Pakatan Rakyat akan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang menetap di luar bandar.
Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran
Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian.
RM 100 juta akan diperuntukkan kepada peniaga-peniaga kecil untuk pertingkat tahap kebersihan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.

8. Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Pakatan Rakyat akan memperjuangkan kualiti kehidupan yang lebih baik buat semua rakyat Malaysia.
- Pasukan polis akan difokuskan semula kepada pencegahan jenayah dan meningkatkan keselamatan awam;
- Dasar “Bina dan Jual” (“Build then Sell”) untuk projek perumahan kos rendah-sederhana akan diwujudkan, untuk menjaga keselamatan pengguna. Peruntukan kos perumahan awam akan dinaikkan ke RM 1 bilion.
- Dasar Pengangkutan Nasional akan mengutamakan pengangkutan awam dengan mengetengahkan prinsip “gerakkan rakyat, bukan kereta”. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pengangkutan.
- Mempertingkat penggunaan teknologi hijau untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih baik, efisyen, dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat melalui penjimatan kos kemudahan awam asas dan lain-lain perbelanjaan isi rumah, dan kepada industri dengan meningkatkan produktiviti dan keberuntungan.

9. Mereformasi Landskap Politik

Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan prinsip dan pelaksanaan persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dimana negeri-negeri akan diberikan lebih banyak kuasa melalui perkongsian kuasa dan pengagihan sumber. Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan refomasi berikut:
• Memansuhkan semua perintah darurat dan menghapuskan semua undang-undang yang membabitkan tahanan tanpa perbicaran seperti yang terkandung di dalam Akta Pemansuhan Darurat yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat pada sesi Parlimen Mac 2011.
• Menstruktur semula Biro Pengaduan Awam menjadi sebuah institusi Ombudsman.
• Meletakkan beberapa institusi awam utama seperti Jabatan Audit Negara, Jabatan Perangkaan, Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan institusi Obudsman dibawah bidang kuasa Parlimen.
• Untuk memastikan kebebasan media dengan menghapuskan keperluan permit dengan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Selaras dengan itu akan ditubuhkan Majlis Media yang bebas dan kawalan sendiri.
• Memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971,oleh itu membebaskan pelajar-pelajar daripadan cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kepimpinan universiti-universiti awam akan berdasarkan kepada merit.
• Memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat pada setiap peringkat kerajaan dengan dilengkapkan infrastruktur yang diperlukan. Ini akan memastikan akses kepada maklumat yang menjadi kepentingan awam, terkecuali ialah perkara-perkara yang secara tulen berkait dengan keselamatan negara.
Pakatan Rakyat berjanji untuk memperkukuh Parlimen sebagai sebuah institusi dan menolak amalan Perdana Menteri sebagai diktator:
- RM 10 bilion dari belanjawan budi bicara Perdana Menteri akan disalur keluar kepada Kementerian-Kementerian berkenaan.
- Cadangan-cadangan perbelanjaan akan diteliti dengan rapi di peringkat jawatankuasa parlimen. Sebagai langkah pertama, tujuh Jawatankuasa Belanjawan Parlimen akan ditubuhkan untuk meneliti belanjawan-belanjawan kementerian lalu membolehkan debat dan penilaian yang lebih berkualiti.
- Ahli-ahli jawatankuasa dan Ahli-ahli Parlimen akan diberi peruntukan untuk pembantu penyelidik parlimen demi meningkatkan keberkesanan kajian belanjawan serta meneliti implementasi dan hasil daripada perbelanjaan tersebut.

10. Anak Muda Mendepani Perubahan

- Bergantung kepada kajian semula dan siasatan yang menyeluruh ke atas perbelanjaan dan struktur kurikulum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan digantikan dengan program-program luar kurikulum atau program komuniti. RM 747 juta yang diperuntukkan kepada PLKN tahun lepas akan disalurkan kepada inisiatif terbaru ini.
- Sejumlah RM 100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda, yang melibatkan anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun, untuk mengimplimentasikan projek-projek dan program-program pilihan mereka melalui sistem undian.
- RM 50 juta akan diperuntukkan kepada sebuah dana khas untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam aktiviti-aktiviti berdasar kreativiti dan mewujudkan lebih banyak ruang riadah dan rekreasi khusus untuk anak muda.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan datang ini tidak akan berjaya melaksanakan dasar-dasar yang mustahak dan bakal merubah wajah negara ini dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan. Rakyat Malaysia, sebagai majikan dan pekerja, sebagai suri rumah, sebagai pengasuh dan mahasiswa, dan yang paling utama sebagai warga negara mesti memainkan peranan sama ada secara individu mahupun bersama, dalam menjayakan agenda yang berani ini demi menggerakkan Malaysia ke hadapan, menuju masa depan yang lebih cerah buat semua.

Jom Makan Serabai



Tiba-tiba aku teringat kepada kuih ini. Tak sangka dapat menjamahnya di Langkawi tempoh hari.

Biasanya, orang hidang kuih serabai apabila ada majlis tahlil. Itu kebiasaannya di tempat tumpah darah aku lah. Tak pasti kalau di tempat-tempat lain.

Tapi, selalunya kami hidang kuah yang likat dan berwarna coklat. Hijau ini macam kuah yang aku makan dengan cakuih di Hadyai dulu.

Tahu tak, di mana nak beli serabai di Kuala Lumpur ni? Mengidam lah pula!

Thursday, 6 October 2011

Goodbye, Steve Jobs. RIP.

My heartfelt condolence to the family of Steve Jobs.

I'm just a beginner in Apple world, when I bought my first iPhone in May 2011. So, I have nothing much to say about this brilliant innovator. Anyhow, I'm sure you could find thousands of obituaries written on him. One of them is appended below, which was first published on CNN.com today.

Goodbye, Steve Job. Rest in peace.


(CNN) -- Steve Jobs, the visionary in the black turtleneck who co-founded Apple in a Silicon Valley garage, built it into the world's leading tech company and led a mobile-computing revolution with wildly popular devices such as the iPhone, died Wednesday. He was 56.

The hard-driving executive pioneered the concept of the personal computer and of navigating them by clicking onscreen images with a mouse. In more recent years, he introduced the iPod portable music player, the iPhone and the iPad tablet -- all of which changed how we consume content in the digital age.

His friends and Apple fans on Wednesday night mourned the passing of a tech titan.
"Steve's brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives," Apple said in a statement. "The world is immeasurably better because of Steve."

More than one pundit, praising Jobs' ability to transform entire industries with his inventions, called him a modern-day Leonardo Da Vinci.

"Steve Jobs is one of the great innovators in the history of modern capitalism," New York Times columnist Joe Nocera said in August. "His intuition has been phenomenal over the years."
View a time line of Steve Jobs' work

Jobs' death, while dreaded by Apple's legions of fans, was not unexpected. He had battled cancer for years, took a medical leave from Apple in January and stepped down as chief executive in August because he could "no longer meet (his) duties and expectations."

Born February 24, 1955, and then adopted, Jobs grew up in Cupertino, California -- which would become home to Apple's headquarters -- and showed an early interest in electronics. As a teenager, he phoned William Hewlett, president of Hewlett-Packard, to request parts for a school project. He got them, along with an offer of a summer job at HP.

How Steve Jobs grew up
Jobs dropped out of Oregon's Reed College after one semester, although he returned to audit a class in calligraphy, which he says influenced Apple's graceful, minimalist aesthetic. He quit one of his first jobs, designing video games for Atari, to backpack across India and take psychedelic drugs. Those experiences, Jobs said later, shaped his creative vision.

"You can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future," he told Stanford University graduates during a commencement speech in 2005. "You have to trust in something: your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life."

While at HP, Jobs befriended Steve Wozniak, who impressed him with his skill at assembling electronic components. The two later joined a Silicon Valley computer hobbyists club, and when he was 21, Jobs teamed with Wozniak and two other men to launch Apple Computer Inc.

It's long been Silicon Valley legend: Jobs and Wozniak built their first commercial product, the Apple 1, in Jobs' parents' garage in 1976. Jobs sold his Volkswagen van to help finance the venture. The primitive computer, priced at $666.66, had no keyboard or display, and customers had to assemble it themselves.

The following year, Apple unveiled the Apple II computer at the inaugural West Coast Computer Faire. The machine was a hit, and the personal computing revolution was under way.

Jobs was among the first computer engineers to recognize the appeal of the mouse and the graphical interface, which let users operate computers by clicking on images instead of writing text.

Timeline: Steve Jobs' career
Apple's pioneering Macintosh computer launched in early 1984 with a now-iconic, Orwellian-themed Super Bowl ad. The boxy beige Macintosh sold well, but the demanding Jobs clashed frequently with colleagues, and in 1986, he was ousted from Apple after a power struggle.

Then came a 10-year hiatus during which he founded NeXT Computer, whose pricey, cube-shaped computer workstations never caught on with consumers.

Jobs had more success when he bought Pixar Animation Studios from George Lucas before the company made it big with "Toy Story." Jobs brought the same marketing skill to Pixar that he became known for at Apple. His brief but emotional pitch for "Finding Nemo," for example, was a masterful bit of succinct storytelling.

In 1996, Apple bought NeXT, returning Jobs to the then-struggling company he had co-founded. Within a year, he was running Apple again -- older and perhaps wiser but no less of a perfectionist. And in 2001, he took the stage to introduce the original iPod, the little white device that transformed portable music and kick-started Apple's furious comeback.

Thus began one of the most remarkable second acts in the history of business. Over the next decade, Jobs wowed launch-event audiences, and consumers, with one game-changing hit after another: iTunes (2003), the iPhone (2007), the App Store (2008), and the iPad (2010).

Observers marveled at Jobs' skills as a pitchman, his ability to inspire godlike devotion among Apple "fanboys" (and scorn from PC fans) and his "one more thing" surprise announcements. Time after time, he sold people on a product they didn't know they needed until he invented it. And all this on an official annual salary of $1.

He also built a reputation as a hard-driving, mercurial and sometimes difficult boss who oversaw almost every detail of Apple's products and rejected prototypes that didn't meet his exacting standards.

By the late 2000s, his once-renegade tech company, the David to Microsoft's Goliath, was entrenched at the uppermost tier of American business. Apple now operates more than 300 retail stores in 11 countries. The company has sold more than 275 million iPods, 100 million iPhones and 25 million iPads worldwide.

Jobs' climb to the top was complete in summer 2011, when Apple listed more cash reserves than the U.S. Treasury and even briefly surpassed Exxon Mobil as the world's most valuable company.

But Jobs' health problems sometimes cast a shadow over his company's success. In 2004, he announced to his employees that he was being treated for pancreatic cancer. He lost weight and appeared unusually gaunt at keynote speeches to Apple developers, spurring concerns about his health and fluctuations in the company's stock price. One wire service accidentally published Jobs' obituary.

Jobs had a secret liver transplant in 2009 in Tennessee during a six-month medical leave of absence from Apple. He took another medical leave in January this year. Perhaps mindful of his legacy, he cooperated on his first authorized biography, scheduled to be published by Simon & Schuster in November.

Jobs is survived by his wife of 20 years, Laurene, and four children, including one from a prior relationship.

He always spoke with immense pride about what he and his engineers accomplished at Apple.

"Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do," he told the Stanford grads in 2005.

"If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on."

Wednesday, 5 October 2011

Second Langkawi Trip in 2011

Jangan tak percaya, ada seorang kawan aku yang tak pernah ke Langkawi!

Mujurlah, seorang lagi kawan yang menganjurkan lawatan ke pulau legenda ini. Jadi aku pun memancing kawan yang tidak pernah ke sana itu, untuk turut serta dalam lawatan kali ini.

Kami menginap di salah sebuah private resort di Pantai Chenang. Lawa resort itu! Cuma pantainya kian terhakis. Semoga langkah-langkah pemuliharaan akan segera diambil, agar pantai tersebut sesuai dan selamat untuk dimanfaatkan.

Pantai Chenang kali ini tidak sesibuk lawatan aku sebelum ini. Mungkin sekarang ini bukan peak season. Mat saleh dan minah saleh pun tidak seramai pada bulan Februari yang lalu.

Memandangkan kawan yang tidak pernah ke Langkawi sebelum ini, adalah seorang city boy, maka tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri, Galeria Perdana dan Beras Terbakar bukanlah tempat-tempat yang dia ingin lawati. Kekwat tau kawan aku ni!

Sesuai dengan gaya hidup city boy, dia lebih selesa menghabiskan masa stroll along the shops in shopping malls or walking under the skyscrappers. Malangnya, Langkawi tiada tarikan sedemikian. Maaf ya, city boy :)

Jadi, kami membawanya ke Oriental Village untuk menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mancincang. Alhamdulillah, ia adalah satu pilihan yang bijak. Seronok betul dia!

Kami sempat juga bercanda di Pantai Tanjung Rhu. Lawa betul pemandangan di sana.

Dan satu lokasi baru untuk kami semua, iaitu air terjun Temurun. You guys should check out this clean and nice waterfall. It is located in Teluk Datai. Memang berbaloi pergi.

Cuma kami terkilan tak dapat ke Galeri Seni Ibrahim Hussein, yang telah ditutup. Sedih!

Apa-apapuan, percutian di Langkawi kali ini adalah santai, sempoi dan mengukuhkan silaturrahim sesama Geng KY.

We should do it again next time, guys!